moga kau mengerti

seperti biasa Malik bersendirian pulang dari kelas repeatnya.selepas keluar dari kelas,seperti biasa dia akan berlagak seperti otaknya penuh dengan ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh pensyarahnya.pengajian air.itulah yang harus dipelajari Malik untuk menghabiskan ijazahnya.lebuh senang menjadi seorang yang masok air daripada lulus pengajian air ini.tetapi kehidupan harus diteruskan.itulah yang sentiasa dingati Malik untuk memotivasi dirinya.


Jalan punya jalan,tiba-tiba mata Malik terpandang ke arah seorang awek.awek itu sememangnya cun tetapi awek Malik lebih cun(betol ni).Malik seperti biasa malu-malu kucing pun tersenyum kepada awek itu dari jauh.awek itu pun membalas senyuman Malik,tetapi agak sinis seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan.Malik pun membiarkan awek itu pergi melepasinya.Malik berjalan seperti biasa.

Apabila Malik melalui jalan yang betul-betul tempat awek itu tersenyum,dia terbau sesuatu seperti telur yang sudah lama diperam. ''hmm awek ni kontut ko?busuk eh plak ai''bisik Malik.kompem awek itu sarapan telur pagi tadi..

hmm itulah,indah khabar dari rupa.lain kali kentut bagitau la,takdelah orang nak sedut.

Malik kecewa gadis itu lawa kentut busuk.tapi kentut sape plak yang wangi?renung-renungkanlah...

kasi hantam satu kali!

''puk pak puk pak puk pak!'' kedengaran bunyi tumbukan dan tendangan dari shark ke arah pemain PLFC.Shark memang terkenal dengan sikap panas barannye yang tak botompek.jarang sekali dia bermain futsal tanpa ada sekurang-kurangnya pergaduhan kecil.gengster la katakan.tidak lama selepas itu keadaan ditenangkan oleh pemain dari kedua-dua pasukan.memang agak kasar body contact yang dilakukan pemain PLFC,tetapi Shark seharusnya mengawal perasaan selaku seorang pemain futsal semipro yang entah bila-bila nak pro pun xtaula.


Kedua-dua pemain diarah keluar padang untuk mengelakkan aksi yang lebih ganas berlaku di tengah gelanggang.tetapi di luar padang,keadaan masih lagi tegang.tolak menolak berlaku.shark mula menunjukkan taringnya,darah muda menguasai dirinya.''kasi hantam satu kali laaa!!''teriak shark kepada lawannya itu.keadaan yang tadinya tegang menjadi kendur seperti getah boxer yang dah dua tahun pakai.memang benar kata orang,kuat pengaruh KL gangster di kalangan remaja di Malaysia.

Shark terduduk di tembok kecil sebelah gelanggang.barangkali berfikir sendirian tentang apa yang keluar dari mulutnya sebelum ini.cerita KL gangster yang menjadi teman di rumahnya mula dirasakan perosak keadaan.keadaan yang tegang tidak berjaya dikekalkan.

''lain kali den nak nengok teletubbies plak la.''bisik Shark di dalam hatinya...

Malik di musim cuti


Adatlah kalau hebat orang sanjung, kalau teruk orang maki.Lama jugak Malik memikirkan masa depannya.Dulu PMR Malik memang power gila, 'seteret A'
tapi sekarang,asyikkkkk repeat paper je.Seperti biasa bangun tidur je,pikir mase depan.Malik melihat jam di tangannya,''dah pukul 2''bisiknya dalam hati.Malik masih lagi di katil.

''ADIKKKKKK,bongkaaa dah puko berapo ni..''suara Cik Ton kedengaran dari dapur.Malik mengambil tualanya dan terus ke bilik air.bilik air kakaknya menjadi pilihan kerana sabun syampu di situ memang terbaik.biasalah perempuan.selepas mandi seminit dua,Malik ke dapur mencari sarapan.

''Mak,sarapan apo pagi ni?''tanya Malik kepada ibunya,Cik Ton.
''Sarapan apobondo eh ko nk puko 2 ni?hah tu nasik lomak pagi tadi bawah tudung saji.kot nk lauk ambik sendiri.''Balas Cik Ton yang baru selesai memasak.
Malik pun membuka tudung saji,kelihatan 2 bungkus nasi lemak kedai putih bersama secawan teh o yang dah sejuk.sesuap...dua suap...teh o...tiga suap...sehinggalah habis kesemua sarapannya itu.

ting tong ting tong! loceng rumah berbunyi.Malik berlari ke pintu rumah.pintu kayu itu dibuka dengan harapan kawannya datang menjenguk.Jangkaan Malik meleset.kawan maknye yang datang.''Omak ko ado?'' Malik menjawab,''ado dapur tu gak eh,baru lopeh masak.poielah nengok.'' makcik itu pun ke dapur,macam biasalah datang lepak-lepak.gosip-gosip sikit.

Malik pun ke ruang tamu.tv dibuka.pap bicara politik kedengaran.dengan pantas Malik menukar saluran 801,Astro Arena.nak tengok ESPN tidak dapat.''ah sapo nk nengok nanti,omak kau tu bukan suko nengok bola.''terngiang-ngiang kata-kata ayahnya cik Jenal apabila diminta untuk melanggan saluran sukan.

layan punya layan dah pukul 3.30.bosan mula melanda Malik.rakan-rakannya entah kemana.ada yang masih di kolej,ada yang bekerja.hendak tidak hendak,lepaklah Malik sorang-sorang.Malik mula merindui rakan-rakannya di kampung.sudah beberapa lama tidak dapat ketemu akibat bahana final exam.Selesai final,Malik terperap di rumah hampir seminggu.mahu berehat sakan katanya.

5.30 petang,Malik melepak di depan rumahnya.menunggu Joe pulang.maklumlah Joe saja yang berada di kampung setakat ini.Samshir,Panggek dan Ai masih di kolej.Akong menjadi cikgu sandaran di Klang.yang lain-lain tu kawan tepi jalan.nak jumpa,jumpa.xnak jumpa lantak hang.

Nun jauh di hujung jalan kelihatan motor cepai merun.seorang brader helmet ms dengan tshirt lengan panjang menunggang motor itu.''WOIIIII!!''teriak Malik. tergamam Joe yang baru lepas balik dari kerja mengira paku di chop sun wah.''sretttttt...!''bunyi motor Joe meluncur di atas tar depan rumah Malek.

''Malam ni moh lepak minom-minom kek melang,awek uitm ghamai situ.''tanya Malik kepada Joe.
''Cantekkk..Moh la.kang jopot den yo.''balas Joe.

Hmm..Joe memang jarang mengecewakan Malik.

sekian..
kelibat Malik di ruang tamu..

 
name eden cipok. | Designed by Techtrends | © 2007-2008 All rights reserved