Malik di musim cuti


Adatlah kalau hebat orang sanjung, kalau teruk orang maki.Lama jugak Malik memikirkan masa depannya.Dulu PMR Malik memang power gila, 'seteret A'
tapi sekarang,asyikkkkk repeat paper je.Seperti biasa bangun tidur je,pikir mase depan.Malik melihat jam di tangannya,''dah pukul 2''bisiknya dalam hati.Malik masih lagi di katil.

''ADIKKKKKK,bongkaaa dah puko berapo ni..''suara Cik Ton kedengaran dari dapur.Malik mengambil tualanya dan terus ke bilik air.bilik air kakaknya menjadi pilihan kerana sabun syampu di situ memang terbaik.biasalah perempuan.selepas mandi seminit dua,Malik ke dapur mencari sarapan.

''Mak,sarapan apo pagi ni?''tanya Malik kepada ibunya,Cik Ton.
''Sarapan apobondo eh ko nk puko 2 ni?hah tu nasik lomak pagi tadi bawah tudung saji.kot nk lauk ambik sendiri.''Balas Cik Ton yang baru selesai memasak.
Malik pun membuka tudung saji,kelihatan 2 bungkus nasi lemak kedai putih bersama secawan teh o yang dah sejuk.sesuap...dua suap...teh o...tiga suap...sehinggalah habis kesemua sarapannya itu.

ting tong ting tong! loceng rumah berbunyi.Malik berlari ke pintu rumah.pintu kayu itu dibuka dengan harapan kawannya datang menjenguk.Jangkaan Malik meleset.kawan maknye yang datang.''Omak ko ado?'' Malik menjawab,''ado dapur tu gak eh,baru lopeh masak.poielah nengok.'' makcik itu pun ke dapur,macam biasalah datang lepak-lepak.gosip-gosip sikit.

Malik pun ke ruang tamu.tv dibuka.pap bicara politik kedengaran.dengan pantas Malik menukar saluran 801,Astro Arena.nak tengok ESPN tidak dapat.''ah sapo nk nengok nanti,omak kau tu bukan suko nengok bola.''terngiang-ngiang kata-kata ayahnya cik Jenal apabila diminta untuk melanggan saluran sukan.

layan punya layan dah pukul 3.30.bosan mula melanda Malik.rakan-rakannya entah kemana.ada yang masih di kolej,ada yang bekerja.hendak tidak hendak,lepaklah Malik sorang-sorang.Malik mula merindui rakan-rakannya di kampung.sudah beberapa lama tidak dapat ketemu akibat bahana final exam.Selesai final,Malik terperap di rumah hampir seminggu.mahu berehat sakan katanya.

5.30 petang,Malik melepak di depan rumahnya.menunggu Joe pulang.maklumlah Joe saja yang berada di kampung setakat ini.Samshir,Panggek dan Ai masih di kolej.Akong menjadi cikgu sandaran di Klang.yang lain-lain tu kawan tepi jalan.nak jumpa,jumpa.xnak jumpa lantak hang.

Nun jauh di hujung jalan kelihatan motor cepai merun.seorang brader helmet ms dengan tshirt lengan panjang menunggang motor itu.''WOIIIII!!''teriak Malik. tergamam Joe yang baru lepas balik dari kerja mengira paku di chop sun wah.''sretttttt...!''bunyi motor Joe meluncur di atas tar depan rumah Malek.

''Malam ni moh lepak minom-minom kek melang,awek uitm ghamai situ.''tanya Malik kepada Joe.
''Cantekkk..Moh la.kang jopot den yo.''balas Joe.

Hmm..Joe memang jarang mengecewakan Malik.

sekian..
kelibat Malik di ruang tamu..

0 byk plak cito kau:

 
name eden cipok. | Designed by Techtrends | © 2007-2008 All rights reserved