kasi hantam satu kali!

''puk pak puk pak puk pak!'' kedengaran bunyi tumbukan dan tendangan dari shark ke arah pemain PLFC.Shark memang terkenal dengan sikap panas barannye yang tak botompek.jarang sekali dia bermain futsal tanpa ada sekurang-kurangnya pergaduhan kecil.gengster la katakan.tidak lama selepas itu keadaan ditenangkan oleh pemain dari kedua-dua pasukan.memang agak kasar body contact yang dilakukan pemain PLFC,tetapi Shark seharusnya mengawal perasaan selaku seorang pemain futsal semipro yang entah bila-bila nak pro pun xtaula.


Kedua-dua pemain diarah keluar padang untuk mengelakkan aksi yang lebih ganas berlaku di tengah gelanggang.tetapi di luar padang,keadaan masih lagi tegang.tolak menolak berlaku.shark mula menunjukkan taringnya,darah muda menguasai dirinya.''kasi hantam satu kali laaa!!''teriak shark kepada lawannya itu.keadaan yang tadinya tegang menjadi kendur seperti getah boxer yang dah dua tahun pakai.memang benar kata orang,kuat pengaruh KL gangster di kalangan remaja di Malaysia.

Shark terduduk di tembok kecil sebelah gelanggang.barangkali berfikir sendirian tentang apa yang keluar dari mulutnya sebelum ini.cerita KL gangster yang menjadi teman di rumahnya mula dirasakan perosak keadaan.keadaan yang tegang tidak berjaya dikekalkan.

''lain kali den nak nengok teletubbies plak la.''bisik Shark di dalam hatinya...

0 byk plak cito kau:

 
name eden cipok. | Designed by Techtrends | © 2007-2008 All rights reserved