Tribute to Arwah haji Hamzah

90-an hingga 2006..


Surau Kampung Peraku kariah Tanah Melintang betul-betul terletak di belakang rumah Malik.adik-beradik seguru pada masa itu hanyalah beberapa orang.dua puluh orang pun x sampai. begitu banyak kenangan manis yang berlaku di situ.terlalu banyak,hinggakan jika dikenang gengster seperti Malik Joe Shark Ajib dan seangkatan dengannya akan tertitis air mata jantan mereka.

kisah ini bermula pada suatu hari,bapa Malik,Cik Jenal menghantar anaknye ke surau.

''krekkk~''bunyi pintu pagar besi dibuka.''Assalammualaikummmmm'' ''hah poie naek ateh,bolajar apo yang patut,pa balik dulu.''kata cik jenal kepada Malik sambil memuncungkan mulutnya ke dalam surau.biasalah,hari pertama pergi ke surau,Malik memang agak malas,tambahan pula belum ada kawan yang rapat di situ.Malik pun naik bertemu dengan Haji Hamzah.dia lebih dikenali dengan panggilan 'atok' oleh anak-anak muridnya.pada ketika itu baru beberapa orang yang belajar di situ.Shark Panggek Bentayan dan dua adik beradik perempuannya dan juga Ijai.

selepas beberapa lama,datang Dibo bersama adiknya Tipah.Apek dan Fatin.pelajaran pun berlalu dengan pantas.masing-masing berlumba menghafal doa yang diajar atok.berlumba naik pangkat dari membaca jama kepada membaca quran,ingin khatam paling awal.perkara paling awal diajarkan olek atok ialah mendirikan solat.biasalah solat kan tiang agama.sudah menjadi kebiasaan dirotan ketika mengaji,apatah lagi bermain-main ketika solat maghrib dan isya'.masing-masing tunjuk cool,tidak mahu menangis walaupun rotan yang digunakan atok sebesar batang ubi.

tidak lama selepas itu,datang akong bersama akaknya.tetapi akaknya tidak lama di situ kerana dia mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama.pada mulanya,ramai yang tidak menyukai kehadiran Akong.biasalah budak-budak bajet dia orang lama,dia boleh tunjuk gengster.tampillah Malik memback up akong.budak-budak,gaduh kejap lepas tu dah baik.lagipun itu yang membuatkan hubungan bertambah erat.Tidak lama selepas itu,muncul ai dan joe.ai yang baru lepas merajuk dengan wan acik berpindah tempat mengaji.pada mulanya kedatangan mereka tidak diterima atok.mana taknya,datang mintak sendiri.kesopanan kurang di situ kerana selalunya omak bapak datang menghantar anak belajar.seperti ayah Malik yang membawa Malik berjumpa atok.yang tidak sedapnya bila dihantar,mesti keluar ayat ''kot dogil-dogil budak ni sobat an yoooo..'' perghhh luruh hati takut nak pergi mengaji.

perjalanan pembelajaran berjalan seperti biasa.di samping itu banyak kejadian-kejadian mencuit hati berlaku.tidak dapat digambarkan dengan perkataan pengalaman yang kami lalui.seperti dikejar wan ongah akibat bermain bola sebelum mengaji.pada masa itu wan ongah seperti musuh utama kami.jumpa je wan ongah,lari.tp sekarang tak dapek do,kot dimarah eh molawan budak ni.tapi ada batasnya.hormat terhadap orang tua itu adalah perlu.

permainan kami juga bermusim.main gasing,bola sepak,cari awek,ngoca dan bermacam-macam lagi.seronok poikkkk...berebut nak azan tu perkara biasa.kena la atok tunggu kami 'lat tali lat tali tamplom' sebelum seorang yang menang azan.masing- masing ingin menunjukkan bakat suara yang terpendam kepada orang-orang kampung yang tercinta.ditakutkan atok untuk menjaga tingkah laku anak muridnya perkara biasa.contohnya ''ko jangan baring-baring,di angkek eh kek anak antu kang dilempar eh kau keluar surau.'' di situ kami belajar maksud 'genceh'.kata atok, ''dulu orang nk buek jambatan pulau pinang tu x dapek,asyik ghuntuh yo.dihantar eh genceh potong kopalo budak buek tanam kek bawah jambatan.bia hantu tu makan.baru dio tak kacau.''ontah yo ontak tak tu kami pun tak tahula..

setiap hari jumaat,kami akan ke rumah atok.naik kereta atok pergi masjid sembahyang jumaat.di situ,akibat ketegasan atok,kami tidak disukai oleh kanak-kanak yang kononnya masjid tu bapak diorang yang punya.atok selalu memarahi mereka yang bising,menghalau mereka keluar.yang tak bestnye tu,kat sekolah dorang cari pasal plak sambil kutuk-kutuk atok.mana boleh tahan bhaiii.kami bangkit memperjuangkan atok.biasalah masing-masing bajet gengster.begitulah keadaannya sehingga kami menjadi sangat rapat seperti adik beradik lain mak lain bapak.

beberapa tahun kemudian,ijai berpindah rumah ke KL.akong malik masuk asrama.berpisah sementara.keadaan di kampung dijalankan seperti biasa.sehinggalah pada suatu hari sebelum raya haji,atok dikhabarkan tenat.kami berkumpul bersama.pergi ke rumah atok.atok terbaring,lemah.apabila melihat kami,atok menitiskan air mata.pergh sebak pada masa tu jangan cakap la.atok cuba mengenali kembali kesemua anak-anak muridnya.seorang..demi seorang..ada yang atok masih ingat,ada yang tidak.mungkin atok sudah terlalu tua.atok meminta supaya surau itu terus hidup walaupun dia sudah tiada.dia mahu solat raya haji dijalankan di situ walaupun bukan dia yang menjadi imam.

selepas beberapa hari,kami mendapat tahu atok meniggal di awal pagi.kami menghadiri pengebumian atok.memang sedih yang kami rasa,tapi masing-masing tidak ingin menunjukkan kesedihan.keadaan dilalui seperti hari-hari biasa cuma tiada gelak tawa seperti biasa.ketika solat jenazah,begitu ramai orang yang datang.yang tidak dikenali juga tidak terkecuali.memang kami tahu anak murid atok ramai,tapi yang datang terlalu ramai,sehingga ada yang agak terkeluar dari surau kecil itu.barulah kami tahu ramai lagi,bukan calang-calang tok guru kami ini.

terima kasih tok..

0 byk plak cito kau:

 
name eden cipok. | Designed by Techtrends | © 2007-2008 All rights reserved